Friday, March 27, 2015

40 Nasehat Saiyidina Ali

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a. :
  1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
  2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
  3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.
  4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam segala hal tidak akan menjadi miskin.
  5. Jagalah Ibu-Bapak kamu, niscaya anak-anakmu akan menjagai kamu.
  6. Bakhil terhadap apa yang di tangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.
  7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil.
  8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.
  9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan karena kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

  10. Jagalah harta bendamu denga mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan shalat.
  11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
  12. Mengajar adalah belajar.
  13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.
  14. Insan terbagi kepada 3, yaitu mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran, mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak akan ikut sembarang ketua dengan buta seperti kambing.
  15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.
  16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
  17.  Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain.
  18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
  19. Manusia sebernanya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
  20. Jika kamu mempunyai sepenuhnya keyakinan akan al-Haq dan kebenaran, niscaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahasia kebenaran itu.
  21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas.
  22. Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya.
  23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
  24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.
  25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya niscaya hilang apa yang mengenainya.
  26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
  27. Kegelisahan adalah lebih sukar daripada kesabaran.
  28. Seseorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seseorang yang lebih hina daripada seseorang yang hamba kepada hamba.
  29. Orang yang dengki, marah kepada orang tidak berdosa.
  30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
  31. Sangkaan seorang yang berilmu adalah suatu ramalan.
  32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat.
  33. Taat kepada perempuan (selain Ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
  34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.
  35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
  36. Janganlah kamu melihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
  37. Tidak ad percintaan dengan sifat yang berpura-pura.
  38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamtan.
  39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakan.
  40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, karena perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Artikel Terkait

- Dilarang SPAM

- Dilarang Pasang Link Aktif

- Harus Sopan.
EmoticonEmoticon